Tentang Kami

Hellolink Network Sdn. Bhd. adalah syarikat pemasaran yang dilantik secara sah oleh bank-bank dan koperasi Islamik, dan kini melayani >10,000 pelanggan setiap bulan.

Penyatuan Hutang

Penyatuan hutang bermaksud penggabungan pembayaran segala hutang dan pinjaman yang sedia ada dan menggantikannya dengan satu pembiayaan baru yang mematuhi prinsip Syariah.

Baikpulih Gaji

Baikpulih Gaji adalah kaedah untuk mengurangkan potongan dalam slip gaji kepada 60% & mengekalkan gaji bersih 40% seperti yang disarankan  oleh Kerajaan untuk menjamin keseimbangan kewangan individu.  

Penjimatan

Penjimatan Kadar & Yuran merupakan elemen penting dalam pengurusan kewangan yang dapat kerana boleh:

  • Bantu kurangkan kos hutang anda
  • Digantikan dengan pakej yang menawarkan Yuran Rendah ataupun Tiada Yuran sama sekali. 

Sejarah & Latar Belakang Syarikat

Pada asalnya, syarikat ini dinamakan sebagai Globalink Asia pada tahun 2004 dan syarikat ini ditubuhkan di Hong Kong, sebuah pejabat pemasaran untuk pakaian dalam Wanita. Nama syarikat telah ditukar kepada Hellolink Network Sdn Bhd pada tahun 2009, dan menjalankan mesin layan diri atau lebih dikenali sebagai “Vending Machine” , produk penapis air & perniagaan katalog pakaian dalam tempatan. Syarikat ini mula berkembang dengan jayanya atas usaha & dedikasi pengasas dan juga tenaga kerja yang kompeten.

Untuk membangunkan sebuah syarikat, perancangan masa depan jangka panjang perlu dilaksanakan dengan pemikiran yang inovatif & strategik. Kreativiti dan kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam industri dan pasaran juga agak penting untuk mencapai objektif yang disasarkan. Oleh itu, pengasas mengambil keputusan untuk menceburi dalam bidang Pembiayaan Peribadi Islamik dan menamatkan perniagaan pakaian dalam.

Beliau percaya bahawa Pembiayaan Peribadi Islamik akan memberikan impak besar terhadap masa depan organisasi ini dan bersedia untuk mewujudkan strategi pemasaran yang efektif melalui pemasaran digital. Pemasaran digital kepada kakitangan kerajaan & GLC bermula dengan hanya 2 pakej dan kini, Hellolink mempunyai lebih daripada 10 pakej dan dijangkakan banyak pakej bakal dilancarkan tidak lama lagi. Objektif syarikat ini adalah untuk memberikan Servis yang terbaik, lengkap & menyeluruh berkaitan Penyatuan Hutang, Penjimatan & Pemulihan Gaji / Baikpulih Gaji. Pelanggan sasaran kami adalah semua penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan. Hellolink merupakan panel kepada bank – bank dan koperasi dengan pelantikan yang SAH. Antaranya pakej yang kami tawarkan adalah Ambank Islamic, Public bank Islamic, Kuwait Finance House bank, Al Rajhi Bank, RCE, OSK, Petronesa Sdn Bhd, dan lain–lain lagi. Pada masa yang sama, syarikat ini masih menjalankan perniagaan mesin layan diri di seluruh Perak dan KL. Pada tahun 2023, HELLOLINK telah mencapai 50 juta sebulan dan akan menetapkan sasaran sebulan 100 juta sebulan dalam masa hadapan.